Translate

Kamis, 19 Maret 2015

Kematian

Ucapan Innalillah adalah salah satu bentuk doa yang dibacakan kepada orang Islam yang meninggal dunia atau apa-apa musibah yang berlaku kepada orang-orang Islam. Ia diambil dari ayat al-Qur’an ṣurah al-Baqarah; ayat 156 yang bermaksud “Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan innalillah wa inna ilayhi raji’un. (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)

Walaupun ada yang berpandangan bahawa kata-kata ini berbentuk umum dan tidak dikhususkan kepada orang Islam, namun dalam konteks kefahaman ayat al-Qur’an tersebut, penggunaannya lebih merujuk kepada musibah yang berlaku kepada orang Islam. Ayat 156 Surah al-Baqarah di atas misalnya adalah penerusan dari ayat-ayat yang merujuk kepada cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh orang-orang mukmin. Sementara dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, ketika api pelita Rasulullah terpadam, maka Rasulullah menyebut“Innalillah wa inna ilayhi raji’un.” Maka Aisyah bertanya “adakah api terpadam pun satu musibah?” Jawab Nabi “Setiap perkara yang memberi kesan buruk kepada orang mukmin adalah satu musibah”

Dari dua asas di atas adalah jelas bahawa bacaan innalillah tidak ditujukan kepada mereka yang bukan Islam.

Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Qur’an Surah al-Taubah:113, “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang mushrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang mushrik itu ahli neraka.”mks

Tidak ada komentar: